Tuesday, 5 May 2015

Ohhh Muslimah Oiii

Assalamualaikum wbt,
Afwan blog ni yg dah lama bersarang
Terpanggil untuk berkongsi perbualan dengan seorang ukhti ni

Ohhh muslimah....

Haha
Muslimah?
Akhawat?
Biar betul?!

Yang mana satu?
Dia tu?
Yang tu?
Biar betul?!

Iya, dia akhawat kita....

Hmmm, tapi...
Kenapa dia tak sama dgn kita?
Kenapa dia boleh buat mcm tu?
Kita tak boleh ke?

Awak, awak kan tahu jawapannya...
Mmg tak elokkan kalau kita buat mcm tu?
Tak sesuai la dengan bicara kita sekian lamanya dalam liqa'
"Jika kamu tak malu, maka lakukanlah apa yg kamu mahu!"

Tapi...
Kes ni takde pasal malu sangat...
Just share gambar kat ig*
Bukan dekat fb, ig* tak ramai sgt org tgk
Hihi

Awak... Kan kita dah belajar jugak
Malu itu bukan pada manusia, tempat, adat budaya etc
Tapi malu itu dasarnya kepada Allah...
Jadi maksudnya...
Jika kamu tak malu kepada Allah, maka buatlah apa yang kamu mahu!

Tapi...
Kita just share gambar biasa2 je
Bukan gambar yg tersenyum umpama menggoda
Atau berposing sakan...
And bergambar ramai2 pon....

Awak...
Ok, saya bukanlah ulama' atau ustazah
Tapi bagi saya, sangat sukar untuk saya menjaga hati bila post gambar saya di media awam
Saya tak suka bayangkan ada mata2 yg ajnabi melihat gambar saya
Biarpun tidak dipandang dengan syahwat
Tetapi saya malu...
Malu pada Allah kerana saya memberi peluang pada hati saya untuk dikotori
Dan saya takut semakin lama saya menjadi semakin tidak malu pula untuk post gambar2 saya pada masa akan datang
Biarlah tidak dipandang, tapi Dia pandang
Insya'Allah sentiasa perbaharui niat

Dan bagi saya,
Rasa tak senang hati kalau post gambar di mana2 medium pon
Dan bagi saya kalau rasa tak senang hati....
Perkara itu maksudnya tak baguslah untuk saya buat kan?
Macam hadis pasal fatwa hati tu...
"Kebajikan adalah apa yg menjadikan tenang jiwa dan hati, dan dosa adalah apa yg menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus mengiyakan dirimu."

Tapi....
Kalau rasa tenang je kalau buat macam tu?

Hmmm....
Susah nak jawab soalan tu
Bergantunglah pada kondisi hati seseorang itu
Hati seorang mu'min itu seharusnya sensitif pada perkara2 yg boleh menimbulkan syubhah dan dosa

Tapi takdelah nak kata
Hati saya ni suci sangat...
Saya bukan malaikat...
Saya pon ada je rasa jealous bila tengok gambar2 orang lain
Especially gambar bersama rakan2 lama
Bestnyer bila kawan2 lama like and comment jugak
Dapat get in touch balik dengan mereka
Atau ada any event yg saya pergi
Nak jugak tunjuk kat orang kegembiraan dan keheningan event tu

Tapi ye lah...
Boleh jadi alasan
Sebab boleh je tanpa menunjukkan muka kita utk buat semua tu

Kalau lukisan pon dah cantik dan menarik macam ni...


Hmmm...
Susahkan hidup kita orang perempuan ni?
Semua kena jaga
Jealous dengan brothers
Boleh upload gambar sesuka hati
Boleh buat video sesuka hati
Macam2 lah boleh buat!

Hahaha
Siapa kata akhawat tak boleh buat tu semua?
Boleh je kan?
Cuma share among akhawat je lah
Hehe

And one thing bila bercakap pasal perempuan ni
Saya selalu teringat ayat ni,
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa2 yg diingini iaitu wanita2, anak2, harta yg banyak dari emas, perak, kuda pilihan, binatang2 ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik." 3:14
Allah cakap memang wanita ni dijadikan indah pada pandangan manusia sebagai cubaan di dunia ni...
Dan Rasulullah kata pulak,
"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." H.R Muslim no. 1467

So nak katanya...
Wanita ni memang hebat
Perhiasan tercantik dan terindah atas dunia ni
Dan beruntunglah kita
Sebab diuji begini
Mujahadah kita mungkin berbeza berbanding kaum adam
Tapi saya yakin
Martabat kita tinggi disisi Allah
Kalau kita berusaha menjadi wanita solehah kerana Allah

Hahaha...
Tapi bukan kita nak jadi solehah supaya dapat lelaki soleh ke?
Hihihi

Hahaha
Takde la nak kata salah...
sebab memang dalam Al-Qur'an pun kata lelaki yg baik untuk perempuan yg baik
24:26
Tapi janganlah jadikan itu matlamat...
Matlamat kita tetap satu
ALLAH
Yg lain tu bonus je...

Baiklah cik kak oi,
Saja je tanya banyak2
Btw* saya tak buat benda tu semua ok
Hahaha
Saje je nak tanya
And dah agak dah jawapan awak mesti macam ni
Heee....

Sekian


Hadis 20 Imam Nawawi:

Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al badri ra. berkata,: Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya sebahagian yg masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah," Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." HR Bukhari


Hadis 27 Imam Nawawi:

Dari Nawas bin Saman ra Nabi saw bersabda, " Kebajikan itu adalah budi pekerti yg baik, dan dosa itu adalah segala sesuatu yg menggelisahkan perasaanmu dan yg engkau tidak suka bila dilihat orang lain." HR Muslim

Dari Wabishah bin Ma'bad ra. Berkata: Aku datang kepada Rasulullah saw, beliau bersabda, " Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Aku berkata, "Ya." Beliau bersabda, "Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, dan dosa adalah apa yg menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang2 terus mengiyakan dirimu." Hadis Hasan Imam Ahmad dan Imam Ad-Darami

24:26

"Perempuan2 yg keji untuk lelaki yg keji dan lelaki yg keji untuk perempuan2 yg keji, sedangkan perempuan2 yg baik untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik untuk perempuan2 yg baik. Mereka itu bersih daripada apa yg dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yg mulia."


*ig = instagram
*btw = by the way

Al-Fatihah kepada akhawat yg telah dipanggil Allah asbab kebakaran di hostel pelajar Moscow. Semoga diterima amal beliau dan berbahagia di sana.

No comments:

Post a Comment