Apa alasan kita utk tdk senyum?
Senyum 😊
Hari ini sgt tersentuh dgn senyuman seorang mak cik ni
Senyuman yg sgt manis, jujur and tulus
Datang dari seseorang yg mempunyai sejarah hidup yg penuh dgn dugaan silih berganti
Baharu sahaja selepas berjuang menghadapi ovarian cancer
Tidak sampai seminggu dtg lagi ke hospital ini
Kerana tumour di tmpt yg berbeza pula
Yg memerlukan beliau memasuki lagi medan perang yg mengambil masa cukup lama
Hingga kami yg hanya melihat di tepi
Sudah beberapa kali mengeluh dan kebas kaki
Menanti bilalah akan berakhir perang ini
Tapi hari ini
Aku sangat terharu melihat senyumannya
Walau sakit akibat perang masih ada
Beliau masih mampu memberikan senyuman itu
Aduh! Aku sangat terasa!
Kerana bagiku senyuman itu bukan satu kewajipan
Kita hanya perlu senyum bila kita rasa gembira
Dan bila kita berasa senang
Berbeza sungguh dengan mak cik seorang ini
"Just dont be worry at all. It's my thing"
Dengan senyuman di bibirnya
Sambil berkata kepada doktor yg menjaganya
Hebat! Hebat sungguh seorang manusia ini
Yang kalau dilihat sekali imbas
Mungkin akan terlintas, kurusnya jasad ini akibat dugaan kesihatan
Jarangnya rambut akibat rawatan
Tapi senyumnya masih penuh
Manis dan cantik
![]() |
Moh le kita senyum :p |
Dan aku pun terfikir,
Kalau Rasulullah agaknya bagaimanalah keadaan baginda
Mesti lebih 'cair' kita dengan senyuman baginda
Walaupun Rasulullah tak pernah ketawa berdekah-dekah
Tapi senyumnya sudah menunjukkan kegembiraannya
“Tidak pernah sekalipun aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa terbahak-bahak sehingga kelihatan kerongkongnya. Akan tetapi, ketawa baginda adalah dengan tersenyum.” ( HR. Al-Bukhari no. 8217)
Dan teringat satu kisah baginda Rasulullah saw dengan seorang Badwi,
Dari Anas Bin Malik, "Suatu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu baginda memakai selimut dari daerah Najran yang hujungnya agak kasar. Tiba-tiba baginda bertemu dengan seorang Badwi. Tanpa disangka, lelaki Badwi itu langsung menarik selimut Rasulullah s.a.w dengan kuat sehingga aku melihat kesan merah di bahu baginda. Lelaki Badwi itu dengan kasar berkata, “Suruh orangmu memberi harta Allah kepadaku yang engkau simpan sekarang juga!” Kelakuan kasar dan sombong si Badwi tersebut membuatkan para sahabat sangat marah dan ingin mengajarnya. Namun Rasulullah melayani sikap kasar lelaki Badui itu dengan senyuman dan berkata kepada kami dengan senyum manis pula, “Berilah lelaki ini makanan apa sahaja yang dia mahu. Kami lantas memberi si Badui makanan yang dia pinta. Dan kami tidak jadi mengajar si Badui kerana senyuman Rasulullah s.a.w.
( HR at-Tabrani no. 7695 )
Aduh! Rasululullah memang contoh terbaik manusia yang sentiasa tersenyum. Walau suka mahupun duka, senang mahupun susah. Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w.
Memanglah senyum itu satu sedekah
Sedekah yang paling mudah dan murah
Tapi tak semua orang memandangnya mudah
Kerana hati yang sudah memang bernanah
Mari kita latih diri untuk senyum sebagai Ibadah dan Sedekah ^^
“Senyum manismu dihadapan saudaramu adalah sedekah” (HR. Tirmidzi)
“Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah.” ( HR al-Baihaqi no. 7935)
No comments:
Post a Comment