Tuesday, 5 May 2015

Ohhh Muslimah Oiii

Assalamualaikum wbt,
Afwan blog ni yg dah lama bersarang
Terpanggil untuk berkongsi perbualan dengan seorang ukhti ni

Ohhh muslimah....

Haha
Muslimah?
Akhawat?
Biar betul?!

Yang mana satu?
Dia tu?
Yang tu?
Biar betul?!

Iya, dia akhawat kita....

Hmmm, tapi...
Kenapa dia tak sama dgn kita?
Kenapa dia boleh buat mcm tu?
Kita tak boleh ke?

Awak, awak kan tahu jawapannya...
Mmg tak elokkan kalau kita buat mcm tu?
Tak sesuai la dengan bicara kita sekian lamanya dalam liqa'
"Jika kamu tak malu, maka lakukanlah apa yg kamu mahu!"

Tapi...
Kes ni takde pasal malu sangat...
Just share gambar kat ig*
Bukan dekat fb, ig* tak ramai sgt org tgk
Hihi

Awak... Kan kita dah belajar jugak
Malu itu bukan pada manusia, tempat, adat budaya etc
Tapi malu itu dasarnya kepada Allah...
Jadi maksudnya...
Jika kamu tak malu kepada Allah, maka buatlah apa yang kamu mahu!

Tapi...
Kita just share gambar biasa2 je
Bukan gambar yg tersenyum umpama menggoda
Atau berposing sakan...
And bergambar ramai2 pon....

Awak...
Ok, saya bukanlah ulama' atau ustazah
Tapi bagi saya, sangat sukar untuk saya menjaga hati bila post gambar saya di media awam
Saya tak suka bayangkan ada mata2 yg ajnabi melihat gambar saya
Biarpun tidak dipandang dengan syahwat
Tetapi saya malu...
Malu pada Allah kerana saya memberi peluang pada hati saya untuk dikotori
Dan saya takut semakin lama saya menjadi semakin tidak malu pula untuk post gambar2 saya pada masa akan datang
Biarlah tidak dipandang, tapi Dia pandang
Insya'Allah sentiasa perbaharui niat

Dan bagi saya,
Rasa tak senang hati kalau post gambar di mana2 medium pon
Dan bagi saya kalau rasa tak senang hati....
Perkara itu maksudnya tak baguslah untuk saya buat kan?
Macam hadis pasal fatwa hati tu...
"Kebajikan adalah apa yg menjadikan tenang jiwa dan hati, dan dosa adalah apa yg menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus mengiyakan dirimu."

Tapi....
Kalau rasa tenang je kalau buat macam tu?

Hmmm....
Susah nak jawab soalan tu
Bergantunglah pada kondisi hati seseorang itu
Hati seorang mu'min itu seharusnya sensitif pada perkara2 yg boleh menimbulkan syubhah dan dosa

Tapi takdelah nak kata
Hati saya ni suci sangat...
Saya bukan malaikat...
Saya pon ada je rasa jealous bila tengok gambar2 orang lain
Especially gambar bersama rakan2 lama
Bestnyer bila kawan2 lama like and comment jugak
Dapat get in touch balik dengan mereka
Atau ada any event yg saya pergi
Nak jugak tunjuk kat orang kegembiraan dan keheningan event tu

Tapi ye lah...
Boleh jadi alasan
Sebab boleh je tanpa menunjukkan muka kita utk buat semua tu

Kalau lukisan pon dah cantik dan menarik macam ni...


Hmmm...
Susahkan hidup kita orang perempuan ni?
Semua kena jaga
Jealous dengan brothers
Boleh upload gambar sesuka hati
Boleh buat video sesuka hati
Macam2 lah boleh buat!

Hahaha
Siapa kata akhawat tak boleh buat tu semua?
Boleh je kan?
Cuma share among akhawat je lah
Hehe

And one thing bila bercakap pasal perempuan ni
Saya selalu teringat ayat ni,
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa2 yg diingini iaitu wanita2, anak2, harta yg banyak dari emas, perak, kuda pilihan, binatang2 ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik." 3:14
Allah cakap memang wanita ni dijadikan indah pada pandangan manusia sebagai cubaan di dunia ni...
Dan Rasulullah kata pulak,
"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." H.R Muslim no. 1467

So nak katanya...
Wanita ni memang hebat
Perhiasan tercantik dan terindah atas dunia ni
Dan beruntunglah kita
Sebab diuji begini
Mujahadah kita mungkin berbeza berbanding kaum adam
Tapi saya yakin
Martabat kita tinggi disisi Allah
Kalau kita berusaha menjadi wanita solehah kerana Allah

Hahaha...
Tapi bukan kita nak jadi solehah supaya dapat lelaki soleh ke?
Hihihi

Hahaha
Takde la nak kata salah...
sebab memang dalam Al-Qur'an pun kata lelaki yg baik untuk perempuan yg baik
24:26
Tapi janganlah jadikan itu matlamat...
Matlamat kita tetap satu
ALLAH
Yg lain tu bonus je...

Baiklah cik kak oi,
Saja je tanya banyak2
Btw* saya tak buat benda tu semua ok
Hahaha
Saje je nak tanya
And dah agak dah jawapan awak mesti macam ni
Heee....

Sekian


Hadis 20 Imam Nawawi:

Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al badri ra. berkata,: Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya sebahagian yg masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah," Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." HR Bukhari


Hadis 27 Imam Nawawi:

Dari Nawas bin Saman ra Nabi saw bersabda, " Kebajikan itu adalah budi pekerti yg baik, dan dosa itu adalah segala sesuatu yg menggelisahkan perasaanmu dan yg engkau tidak suka bila dilihat orang lain." HR Muslim

Dari Wabishah bin Ma'bad ra. Berkata: Aku datang kepada Rasulullah saw, beliau bersabda, " Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Aku berkata, "Ya." Beliau bersabda, "Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, dan dosa adalah apa yg menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang2 terus mengiyakan dirimu." Hadis Hasan Imam Ahmad dan Imam Ad-Darami

24:26

"Perempuan2 yg keji untuk lelaki yg keji dan lelaki yg keji untuk perempuan2 yg keji, sedangkan perempuan2 yg baik untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik untuk perempuan2 yg baik. Mereka itu bersih daripada apa yg dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yg mulia."


*ig = instagram
*btw = by the way

Al-Fatihah kepada akhawat yg telah dipanggil Allah asbab kebakaran di hostel pelajar Moscow. Semoga diterima amal beliau dan berbahagia di sana.

Friday, 30 January 2015

Kenapa Tidak Senyum?

Kenapa tidak senyum?
Apa alasan kita utk tdk senyum?
Senyum 😊

Hari ini sgt tersentuh dgn senyuman seorang mak cik ni
Senyuman yg sgt manis, jujur and tulus
Datang dari seseorang yg mempunyai sejarah hidup yg penuh dgn dugaan silih berganti
Baharu sahaja selepas berjuang menghadapi ovarian cancer
Tidak sampai seminggu dtg lagi ke hospital ini
Kerana tumour di tmpt yg berbeza pula
Yg memerlukan beliau memasuki lagi medan perang yg mengambil masa cukup lama
Hingga kami yg hanya melihat di tepi
Sudah beberapa kali mengeluh dan kebas kaki
Menanti bilalah akan berakhir perang ini

Tapi hari ini
Aku sangat terharu melihat senyumannya
Walau sakit akibat perang masih ada
Beliau masih mampu memberikan senyuman itu

Aduh! Aku sangat terasa!
Kerana bagiku senyuman itu bukan satu kewajipan
Kita hanya perlu senyum bila kita rasa gembira
Dan bila kita berasa senang

Berbeza sungguh dengan mak cik seorang ini
"Just dont be worry at all. It's my thing"
Dengan senyuman di bibirnya
Sambil berkata kepada doktor yg menjaganya

Hebat! Hebat sungguh seorang manusia ini
Yang kalau dilihat sekali imbas
Mungkin akan terlintas, kurusnya jasad ini akibat dugaan kesihatan
Jarangnya rambut akibat rawatan
Tapi senyumnya masih penuh
Manis dan cantik

Moh le kita senyum :p

Dan aku pun terfikir,
Kalau Rasulullah agaknya bagaimanalah keadaan baginda
Mesti lebih 'cair' kita dengan senyuman baginda
Walaupun Rasulullah tak pernah ketawa berdekah-dekah
Tapi senyumnya sudah menunjukkan kegembiraannya

“Tidak pernah sekalipun aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa terbahak-bahak sehingga kelihatan kerongkongnya. Akan tetapi, ketawa baginda adalah dengan tersenyum.” ( HR. Al-Bukhari no. 8217)

Dan teringat satu kisah baginda Rasulullah saw dengan seorang Badwi,

Dari Anas Bin Malik,  "Suatu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu baginda memakai selimut dari daerah Najran yang hujungnya agak kasar. Tiba-tiba baginda bertemu dengan seorang Badwi. Tanpa disangka, lelaki Badwi itu langsung menarik selimut Rasulullah s.a.w dengan kuat sehingga aku melihat kesan merah di bahu baginda. Lelaki Badwi itu dengan kasar berkata, “Suruh orangmu memberi harta Allah kepadaku yang engkau simpan sekarang juga!” Kelakuan kasar dan sombong si Badwi tersebut membuatkan para sahabat sangat marah dan ingin mengajarnya. Namun Rasulullah melayani sikap kasar lelaki Badui itu dengan senyuman dan berkata kepada kami dengan senyum manis pula, “Berilah lelaki ini makanan apa sahaja yang dia mahu. Kami lantas memberi si Badui makanan yang dia pinta. Dan kami tidak jadi mengajar si Badui kerana senyuman Rasulullah s.a.w.
( HR at-Tabrani no. 7695 )

Aduh! Rasululullah memang contoh terbaik manusia yang sentiasa tersenyum. Walau suka mahupun duka, senang mahupun susah. Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w.

Memanglah senyum itu satu sedekah
Sedekah yang paling mudah dan murah
Tapi tak semua orang memandangnya mudah
Kerana hati yang sudah memang bernanah

Mari kita latih diri untuk senyum sebagai Ibadah dan Sedekah ^^

“Senyum manismu dihadapan saudaramu adalah sedekah” (HR. Tirmidzi)

“Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah.” ( HR al-Baihaqi no. 7935)