Waqi'
Sounds familiar??
Aha, siapa yang sudah mula berjinak manja dengan dakwah dan tarbiyah insya'Allah dah pernah la kot dengar sekali dua perkataan ni keluar dari mulut ikhwah akhawat sekeliling.
Waqi' ni perkataan arab. Saya ni memanglah tidak berkelulusan untuk mengajar bahasa arab tapi saya share je lah sekadar yang saya faham. insya'Allah saya yakin apa yang saya faham ni tidak terpesong jauh dari maksud yang sebenar. Jika terpesong, sila betulkan saya dengan segera.
Perkataan ni agak famous sebenarnya di kalangan ikhwah akhawat especially bila membicarakan mengenai hala tuju dakwah, strategi dakwah, penyusunan tarbiyah dan permasalahan dakwah dan tarbiyah. Mana taknye, maksud waqi' tu sendiri adalah tempat. Bila bercakap pasal dakwah dan tarbiyah mestilah berkaitan dengan tempat. Dakwah di mana yang kita sedang bicarakan, dari mana mad'u-mad'u ni datang, dari mana kita nak belajar pasal skills dakwah, ke mana kita mahu pergi dan sebagainya. Hampir semuanya terkait dengan waqi'.
Namun adakah definisi waqi' dalam dunia dakwah dan tarbiyah ni sekadar itu sahaja?
Semestinya tidak. Waqi' yang kita bicarakan dalam dakwah dan tarbiyah bukan sekadar bermaksud tempat, malah merangkumi suasana, latar belakang masyarakat, fungsi tempat itu, fungsi masyarakat, cabaran yang dihadapi masyarakat di situ, cycle hidup tempat itu, keperluan tempat itu dan banyak lagi atau secara simple nya, bila kita bicara mengenai waqi' sesuatu tempat dalam konteks dakwah dan tarbiyah adalah mengenai keadaan tempat itu dari segi fizikalnya, kedudukannya, masyarakatnya, suasananya, pegangannya dan kitaran hidupnya.
Kenapa kita perlu tahu semua itu?
Agar kita tahu bagaimana untuk menyusun tarbiyah kita di situ, bagaimana mahu menggerakkan dakwah kita, bagaimana mahu merancang perjalanan untuk mencapai objektif dnt kita dan memastikan amal kita adalah amal yang muntij dengan waqi' tersebut.
Apa yang terjadi bila kita tak faham waqi' sendiri?
Situasi ini sangat bahaya, kerana dalam membuat sebarang keputusan dalam perancangan dnt sangat berpandukan waqi' kawasan tersebut. Kalau tidak, jadilah seperti kereta yang kehabisan minyak tetapi yang kita sibuk perhatikan adalah tayar-tayar kereta yang masih berfungsi. Walaupun penjagaan tayar kereta sangat penting, Tetapi disebabkan ketiadaan minyak maka tidaklah dapat mencapai tujuan untuk memastikan kereta itu berjalan. Ya, dalam menyusun dan merancang dnt sangat memerlukan kita untuk mahir menganalisis waqi' sendiri. Kalau salah atau tidak mahir menganalisis boleh jadi kita tersalah arah dan penyakit yang mungkin kita boleh ubati pada awalnya akhirnya lama kelamaan menjadi barah yang merbahaya.
Memahami waqi' juga sangat penting apabila seseorang daie itu berpindah atau berhijrah ke kawasan baru. Seorang daie itu tidak boleh terus membezakan waqi' lamanya dengan waqi' barunya. Kalau membezakan untuk penambahbaikan adalah perlu, tetapi kalau membezakan untuk memburuk-burukkan sangatlah tidak betul. Seorang daie itu perlu cuba untuk memahami waqi' barunya itu dan melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan waqi' barunya itu menjadi seperti itu. Apabila seorang daie sudah mula memahami waqi' barunya, maka terpulang kepadanya untuk bertindak atas pemahamannya itu. Kalau dilihat ada yang kurang, maka dialah yang patut menambahnya. Kalau ada yang salah, dialah yang patut betulkannya. Daie yang matang bukanlah yang hanya pandai menuding jari dan menghamburkan kesalahan daie-daie yang lain, tetapi daie yang matang dialah yang akan memikul tanggungjawab untuk mengubah keadaan itu.
Sudah banyak kisah yang saya dengar dari para daie yang setelah berhijrah ke kawasan baru, mengadu diri tidak terbina, tidak terisi, merasakan seperti robot dakwah dan sebagainya. Seharusnya kita sedar bahawa memang itulah tabiat atau hakikat jalan dakwah. Kita memang tidak akan menemukan usrah yang ideal, daurah yang ideal, orang sekeliling yang ideal dan ideal-ideal yang lain. Apabila kita sedar bahawa keadaan usrahnya begitu, daurahnya begitu, orangnya begitu, maka kitalah yang perlu berfikir dengan waqi' yang begitu bagaimana kita mahu memastikan tarbiyah dan dakwah kita terbina dan terjaga. Tiada lagi istilah 'bergantung' pada orang lain, kitalah yang seharusnya bertanggungjawab atas tarbiyah diri sendiri. Malah kalau benar kita mahu kembalikan asolah dakwah, maka kitalah yang perlu jadi agen perubahnya.
Sama-sama kita betulkan niat dan ikhlaskan diri untuk Allah. Kerana dakwah ini tanggungjawab bersama.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment