Dunia oh dunia...
Nak tahu kenapa dunia ni ujian terbesar bagi manusia?
Nak tahu kenapa ramai manusia tertipu dengan dunia?
Nak tahu kenapa ramai daie yang mundur kerana dunia?
Nak tahu kenapa ramai mad'u yang menggeleng kepala kerana dunia?
Nak tahu kenapa dunia ni sangat bahaya?
Haha,
Jawapannya sangat mudah!
Sebab dunia ini terlalu cantik!
Dunia ini terlalu indah!
Dunia ini terlalu mengiurkan,
Pada pandangan mata kita,
Pada genggaman tangan kita,
Pada kepuasan nafsu kita.
Nak tahu apa antara penyakit paling bahaya pelajar overseas?
Atau lebih tepat daie yang berada di overseas?
Apa lagi kalau bukannnnnnnnn
![]() |
Siapa yang tak nak jalan Paghihhh(Paris)!!!! |
Sebab apa?
Sebab kita ada harta
Sebab kita ada masa
Sebab kita ada peluang
Sebab kita ada alasan
Siapa yang tak mahu berjalan pusing seluruh europe?
Siapa yang tak mahu membeli barangan branded bila sudah tersedia di hadapan mata?
Apatah lagi dengan harga yang lebih murah dan status kewangan yang mampu.
Siapa yang tak mahu duduk terperap di dalam bilik berehat dan memanaskan badan?
Ditambah lagi dengan kelajuan internet yang sangat membahagiakan.
Siapa yang tak mahu menghabiskan masa berjalan-jalan bersama rakan?
Apabila duit bukan lagi menjadi bebanan.
Anda fikir daie itu terlepas dari penyakit-penyakit di atas?
TIDAK! Tidak sama sekali!
Walhal mungkin daie lebih pandai memberikan alasan.
Saya mahu berjalan untuk mentadabbur alam
Saya mahu berjalan memenuhi hak rakan
Saya mahu berjalan menemani adik-adik mad'u berjalan
Saya mahu berjalan kerana jaulah adalah salah satu wasilah kita
Walhal seorang daie harusnya tahu apakah itu perlu atau sekadar mahu
Mahu memuaskan nafsu
Saya mahu membeli untuk diberikan pada family
Saya mahu membeli untuk keperluan sendiri
Saya mahu membeli kerana jualan murah susah didapati
Sampai lupa bahawa setiap harta yang dibelanjakan akan disoal di akhirat nanti
Begitu juga dengan penyakit-penyakit yang lain
Sampai lupa betapa ikhwah akhawat di tempat lain
Tiada masa untuk berjalan-jalan
Tiada duit untuk berbelanja
Tiada peluang untuk bersuka ria
Ya,
Ini adalah satu penyakit
Penyakit yang sangat berbahaya
Yang boleh mengotorkan hati
Yang boleh melambatkan langkah
Yang boleh menimbulkan fitnah
Yang boleh melunturkan himmah
Kerana hati telah dikuasai dunia
Oleh Dunia yang terlalu indah
"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakandan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik" 3:14
"Dan diantara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikannya kepada Allah isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling keras" 2:204
"Barang siapa menghendaki (kesenangan) kehidupan sekarang, maka Kami segerakan baginya di (dunia) itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami tentukan baginya neraka Jahannam, dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir" 17:18
Wallahu'alam. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang cintakan dunia dan melalaikan akhirat.