Sedih
Geram
Sakit
Perit
Pelik. Memang pelik.
Sejauh mana sebenarnya manusia ni boleh jadi pelik?
Boleh hilang kawalan?
Boleh hilang perasaan?
Boleh hilang fikiran?
Macam mana kita, manusia ni sanggup bertindak di luar batasan?
Bertindak hinggakan seperti kita makhluk ciptaan
Yang tiada perasaan, yang tiada ikatan, yang tiada asal usul.
Sepertinya kita dilahirkan seorang, tanpa ibu bapa tanpa keluarga,
Sepertinya kita ini tidak pernah kenal apa ertinya cinta,
Apa ertinya sayang, apa ertinya kasih pada seseorang,
Hingga membuatkan kita,
Bertindak seperti robot buatan yang hanya mendengar arahan.
Anehnya, tiada siapa yg mengarahkan kita,
Semuanya datang dari diri sendiri,
Tiada siapa yg mampu mengawal kita,
Selain diri sendiri,
Tiada siapa yg mampu menahan keinginan kita,
Selain diri sendiri.
Apa sebenarnya yg ada pada manusia,
Hingga dirinya jadi begitu asing sekali dari fitrahnya?
Hingga dia mampu membuat sesuatu yg sangat tidak dapat diterima,
Oleh dirinya yg normal?
Dahsyat,
Menakutkan,
Mengelirukan,
Hingga aku fikir
Manusialah makhluk yg paling menakutkan
Manusialah makhluk yg paling kejam
Manusialah makhluk yg paling mengelirukan
Sama seperti dalam filem-filem thriller,
Apabila watak jahat itu adalah manusia,
Maka apa yg ada dalam fikiran kita,
hanyalah untuk melarikan diri dari si penjahat yg kejam itu,
Tiada masa lagi untuk berfikir
Mugkin ada hantu di balik kegelapan itu
Mungkin ada hantu di balik hutan itu
Mungkin ada hantu di tempat persembunyian itu...
Kerana ketika itu,
Yang paling menakutkan kita adalah manusia
Manusia yg sedang mengejar kita
Kerana manusia mampu membuat apa sahaja
Sampai tindakannya mungkin tidak pernah terfikir oleh kita
Maka,
Apa yang ada pada manusia?
Sampai dia mampu berbuat di luar batasannya?
Aku cuba untuk meneka
Mungkin ini jawapannya,
Kerana kita, manusia
Ada nafsu,
Atau mungkin sesetengah orang panggil hawa nafsu,
Atau dalam arabnya al-hawa',
Maka bila al-hawa' digabungkan dengan aqal kita yg hebat,
Maka terjadilah apa yg terjadi sekarang,
Bila nafsu tidak ditundukkan,
Tidak diarahkan ke jalan yg betul,
Hingga mampu mengawal aqal manusia yg hebat,
Yg penuh imaginasi,
Maka terjadilah apa yg terjadi sekarang.
Dan apa itu nafsu?
Mungkin definisi nafsu kita sebelum ini sempit,
Hanya tertumpu pada satu makna yg sempit,
Mari kita luaskan,
Apa erti nafsu yg sebenar
Apa erti al-hawa' yg sebenar.
Atas dunia ini
Hanya ada dua
Syariat atau al-hawa'
Wahyu atau al-hawa'
Kebenaran atau al-hawa'
Maka,
Apa-apa sahaja selain wahyu dan al-haq adalah al-hawa'
Apa-apa sahaja yg tidak bernama islam
Maka itu adalah al-hawa'
Al-hawa' boleh datang dalam pelbagai bentuk
Boleh jadi dalam bentuk pemikiran, perlakuan, tindakan
Kepercayaan, pegangan, keinginan, perasaan
Yang akhirnya bukan sahaja mampu mempengaruhi seorang individu
Malah mungkin seluruh dunia dan seisinya
Jika tiada siapa yg mampu membezakan apa itu al-hawa'
Al-hawa' tidak pernah terbatas hanya untuk yg tidak bernama islam
Malah lebih parah jika yg islam itu tidak mengenali al-hawa'
Kerana boleh jadi dia adalah pengikut al-hawa' bukan al-haq
Lalu dilaung-laungkannya kalimah al-haq
Walhal itu adalah al-hawa' jauh dari al-haq!
Maka apa solution nya?
Mari kita semua
Kembali semula pada awal permulaan kita
Permulaan kita yg sepatutnya
Mari kita belajar untuk mengenal apa itu al-hawa'
Dan apa itu al-haq
Kerna boleh jadi diri ini sudah lama diliputi al-hawa'
Hingga hati menjadi keras
Fikiran menjadi rigid
Kelakuan menjadi tidak keruan
Mari,
Mari kita semua kembali
Kembali kepada Dia
Kerana Dialah yg mengajar kita apa itu al-haq
Dan apa itu al-hawa'
Mari,
Mari kita kembali
Kembali belajar kalamNya
Kembali belajar Kalam rasul-Nya
Kerana amal itu tidak akan datang tanpa kefahaman
Dan kefahaman itu tidak akan datang tanpa ilmu
Dan ilmu tidak akan datang tanpa kita mencarinya
"Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, dan menaham dirinya dari al-hawa , maka sesungguhnya syurgalah tempat duduknya." 79:40-41
"Nabi tidak bercakap dari al-hawa. Ia (Al-Quran) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya," 53:3-4
"Adakah engkau lihat orang yang mengambil al-hawanya menjadi tuhannya dan Allah menyesatkannya selepas didatangi ilmu kepadanya." 45:23
"Kalau sekiranya al-haq mengikut al-hawa mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya." 23:71
"Adakah orang yang berada di atas keterangan dari Tuhannya sama dengan orang yang diperhiaskan kepadanya amalan jahatnya dan mereka mengikut al-hawa mereka." 47:14
* tulisan ini refleksi daripada berita-berita semasa berkaitan pembunuhan, episode tembak-menembak, rogol dan sebagainya. Bahan bacaan boleh rujuk buku al-muntalaq.
No comments:
Post a Comment