Thursday, 17 October 2013

Adakah ini satu doktrin???

Medic
Doctor
Exams
Study
Clinical
Hospital
Patients
Drugs

Terms yg bagiku langsung tidak memberikan semangat, malah membebankan.
Ya bagiku medic ni sgt membebankan.
Betul. Serius. Penat.
Banyak kali aku terfikir, kenapa ya dulu aku pilih medic?
Dan setiap kali fikir, memang tak jumpa jawapan yg memuaskan.
Sebab aku rasa, aku tak pilih pun, aku hanya go with the flow.
Bila public kata kalau dpt result bagus, pilihla medic ke engin ke scientist ke and itu sahaja.
Bagaikan tak ada pilihan.
Bila interview pulak cakap berabuk minat sgt medic, nk tolong orang, empathy etc...
Honestly, itu semua tipu. At least for me.
The reason why aku cakap berabuk sume, just for the sake of gaining trust and confident je from the interviewers. That's all.
Ditambah pulak dengan preparation yg sgt lama dan hectic sebelum dpt masuk medic school. Lagilah membuatkan aku beribu kali fikir. Kenapa aku pilih medic ha?
Bila masuk medic school pulak lagilah, reality above reality. Dunia medic yg bagi aku harsh. You
won't pass if you study moderately. Dah tak de istilah last minute study. Because mmg impossible utk
 study sume beratus slides dlm sehari or two. And if at least habes baca, nak pass pon rasa mcm azab. Habes baca sume doesn't mean you will pass with flying colours! So no wonder, resit papers n repeat
year are quite common in medical schools especially kalau blaja kt negara yg agk pentingkn quality.
Dah la susah, lama, consume masa, tenaga, otak, bila kerja lagilah stress, kne ikut cakap orang atas, taat dengan admin, masa yg restricted, gaji yg tak seberapa. Kenapa aku pilih medic ha?

Yes, itu sume luahan aku. Sebagai orang biasa. Yg aku rasa akn selalu berpusing-pusing dalam minda aku ni.

Tapi....
Tapi....
Tapi...
Atas semua kesusahan tu, aku bersyukur.
Aku bersyukur kerana atas semua kepayahan tu, aku belajar.
Aku belajar apa erti hidup aku yg sebenar.
Aku dihentakkn dengan reality hidup sebagai robot dunia.
Aku dikejutkn dengan penderitaan manusia di dunia.

Kini aku yakin yg Dia telah lama mengatur hidup aku.
Dia telah lama menyusun kehidupanku.
Dia telah lama melihat perkembanganku.
Dan Dia tahu jalan mana yg terbaik untukku

Kerana bila aku toleh ke belakang,
Aku lihat, rupanya Dia telah lama ingin mengubahku.
Dari satu ke satu tahap, rupanya Dia telah mengubahku.
Rupanya jalan-jalan ini telah mengubahku.

Dan aku bagaikan malu
Malu yg teramat malu
Kerana pernah terlintas dalam hatiku
Kenapa Dia menyusunku begitu?
Kerana ku fikir dahulu itulah yg terbaik untukku
Namun Dia tidak menjawab permintaanku

Dan jalan-jalan itu telah mengajarku untuk berfikir
Kenapa Dia meletakkn aku disitu.
Medic? Doktor? Hospital?
Lalu Dia memperkenalkan aku dengan
Islam? Tarbiyah? Dakwah? Mardhotillah?

Bagiku untuk menjadi seorang pelajar muslim yg belajar medic sudah cukup susah. Apatah lagi seorang muslim doctor. Lagi mematahkan hatiku ialah bila mendengar cerita senior-senior yg sudah bergelar doktor, yg sangat bertungkus lumus memperuntukkan masa untuk dnt. Kerja yg memerah tenaga dan fikiran, akhirnya takut yg tinggal untuk dnt hanyalah hampas atau tinggalan tenaga fikiran yg tersisa.

Jujurnya sampai sekarang aku masih mencari-cari kenapa at the first place aku pilih medic. Hari tu ada la sorg pak cik budiman ni bagi nasihat, 'medic ni kalau awk tak passionate mmg susah nak lepas! Awak kena minat, sebab kalau tak minat mmg selamanya awak akan terseksa je la dengan study dan life sebagai doktor. Dah berapa ramai student yg withdraw medic sebab tak minat dan amik just for the sake of their parents. Walaupon untuk parents tapi awak sendiri tak minat, mmg tak kemana la awak!' Tegas pak cik budiman tu. Gulp. Memang sangat dush la untuk aku masa tu.
Minat? Passion? With medic??

Bagiku yg membuatkan aku still berupaya mengharungi dunia medic ni hanya satu. Dakwah. Kerana dakwah aku belajar. Sebab aku yakin ini boleh dijadikan alat untuk dakwah. Ditambah pulak dengan lagu nasyid yg selalu sorg senior ni nyanyi ~umat islam harus cemerlang~~~ bla bla bla

Dan ye lah sebagai orang islam dan mukmin seharusnya kita yakin lah dengan Al-Quran kan? Ada satu ayat ni Allah kata orang yg buat kebajikan dan kebaikan ni, Allah akan bagi balasan yg terbaik dan pahala yg terbesar untuk golongan ni. Siapa yg tak nak kn? So mestilah kena buat yg terbaik dalam semua benda including belajar. Belajar kerana Allah. Fuhh! Susah.

Ada lagi satu push factor untuk aku keep on dalam medic ni iaitu untuk tunjuk kat non-muslim yg muslim itu hebat sebenarnya. Tapi ini memanglah sangat susah untuk aku kejar. Tapi its a good thing to at least dream it.

"... dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Kebaikan apa sahaja yg kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan) disisi Allah sebagai balasan yg paling baik dan yg paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sunggguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang" 73:20







No comments:

Post a Comment