Bismillah Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dengan keagunganMu Ya Allah aku masih di sini
Dengan kelembutanMu Ya Allah aku masih di sini
Tarbiyah.
Satu kata yang agak padat, ringkas dan mendalam.
Kadang kala aku terfikir
Apakah yg telah tarbiyah buat pada diriku?
Setelah mungkin 'bertahun' berusrah, berdaurah, bermusyawarah,
Walau mungkin sebenarnya masih lagi merangkak dalam gerabak ini,
Tapi bagiku tahun-tahun itu sudah cukup lama untuk aku mula berfikir,
Apakah yg telah tarbiyah buat pada diriku?
Dan sekarang aku tersenyum,
Ya Allah betapa tarbiyah itu mengajarku
Betapa tarbiyah itu merubahku
Betapa tarbiyah itu menuntunku
Segala puji bagiMu Ya Allah kerana memilihku
Bukan kerana aku hebat
Tapi kerana aku lemahlah,
Maka Engkau memlihku
Puji-pujian bagiMu Ya Allah seluas mata memandang sebesar dunia ini terbentang
Aku yg dahulu mungkin tidak seperti aku sekarang ini
Ya, aku dahulu jauh dari aku yg sekarang ni
Walaupon aku sekarang ini masih lagi banyak compang campingnya
Masih lagi banyak kejahilannya, kelemahannya
Namun aku tetap bersyukur
Kerana aku yg kini tidak seperti aku yg dahulu
Kerana tarbiyah itu mengajarku
Untuk berlapang dada, berlepas diri dari neraca dunia ini
Neraca yg merosakkan segala bangsa, segala negara, segala kaum
Keana bertuhankan harta, kuasa, nafsu yg hanya sementara
Kerana tarbiyah itu merubahku
Untuk lebih suka tersenyum
Lebih gemar bersangka baik
Lebih gemar berfikir
Lebih gemar bersabar
Lebih gemar bertolak ansur
Walaupun rasanya pahit,
tapi akhirnya kemanisan itu akan terkeluar jua
Kerna aku yakin yg Dia sentiasa ada di situ
Memerhatikanku
Ya tarbiyah itu menuntunku
Untuk lebih berfikir tentang orang lain
Untuk lebih bertindak untuk beramal
Untuk merancang perkara yg lebih besar
Ya tarbiyah itu mengajarku
Untuk lebih menyayangi keluargaku kerabatku
Atas dasar cinta yg lebih agung
Cinta yg ku pohon hingga ke syurga
Ya tarbiyah itu merubahku
Untuk lebih produktif
Lebih kritis
Lebih observatif
Kerana aku bukanlah milikku lagi
Aku adalah untuk Allah
Aku adalah untuk ummah
Betapa tarbiyah itu merubahku...
No comments:
Post a Comment