Jahiliyyah
Ya, sepekat namanya,
Begitulah rasanya.
Jahiliyyah
Aku benci Jahiliyyah!
Benci yang sangat-sangat benci!
Tapi,
Jahiliyyah itu selalu datang kepadaku!
Aku benci!
Tapi disitu ia mula merobek imanku!
Aku benci perasaan itu!
Aku tahu, tapi nafsu tetap mahu!
Aku tahu!
Tapi nafsu konon mampu menenangkan jiwaku!
Aku benci Jahiliyyah!
Kerna setiap kali disapa,
Hatiku bagai bertukar...
Diriku terasa seperti bahagia...
Kerna aku sekali lagi tertipu oleh Jahiliyyah!
Pergi Jahiliyyah!
Berambus dari hidupku!
Kerna yang Haq itu putih!
Dan Jahiliyyah itu Hitam!
Kerna syurga itu indah!
Dan neraka itu Jahanam!
No comments:
Post a Comment