Tuesday, 19 November 2013

Merasa Izzah Dengan Agama, rasa tak??

Assalamualaikum w.b.t semua.

Mungkin ini entri pertama saya dalam bentuk penulisan yang betul. Sebelum ni macam more to puisi punya bentuk walaupun mungkin tak boleh nak diiktiraf sebagai puisi pon. Haha

Ini antara diari-diari kehidupan saya di bumi asing Shamrock.

 Kisah ini dah lama berlaku, tapi hari ni baru terasa nak tulis. Hmmm... Tajuknya merasa izzah dengan agama. Kenapa agama ye? Kenapa saya tak tulis islam je? Hehe
Masa tu aku dan kawan-kawan baru lepas balik dari perjumpaan dengan penaja kami di sebuah hotel near city centre. So, after habis perjumpaan tu kami pon plan nak singgah city kejap nak tukar plan phone from meteor to three. Sebab orang kata three lagi murah and kalau top up 20eu dapat unlimited  internet for a month! Wooho! Tapi honestly lebih kurang je dengan meteor.
Kami ada singgah jugak kejap kat Christmas Market, dari jauh nampak sangat meriah and cantik dengan lampu-lampu yang bersinar-sinar. Tapi bila da masuk, macam takde lah apa-apa yang menarik sangat, maybe sebab dia banyak jual barang untuk christmas je. Huh dah nama pon christmas market. Tapi beli jugaklah stokin and glove tebal.

Lepas penat berjalan, kami pon decide nak balik rumah naik bas. Since rumah kami agak jauh dari city. Alhamdulillah kena tunggu kejap je bas pon sampai. Dalam bas punyalah ramai termasuk malaysian yang lain yang maybe singgah city jugak tadi agaknya. Terpaksalah berdiri sebab penuh.
Kebetulan (walaupun tiada kebetulan dalam hidup ni, just untuk mencantikkan bahasa) ada jugak sorang kawan rapat atas bas tu and dia dapat seat. So pergilah dekat dengan seat dia. Depan kawan tu ada sorang mak cik sambil memangku anak lelakinya yang maybe umur around 3-4 years old. Budak lelaki tu memang comel, biasalah baby mat salleh memang comel semuanya. Tapi, kawan aku cakap
budak tu dari tadi ejek dia, pastu kena marah dengan mak dia. And aku pon perasan jugak mimik muka budak tu memang tak suka dengan kami. Tapi kami tengok je kat budak tu walaupun budak tu buat-buat tak nampak.

On the way nak keluar city tu akan lalu satu gereja besar, dan aku pon perasan la mak budak tadi bila nampak gereja tu terus buat tanda cross kat bahu dia. Amazingly budak kecik tu pon buat sekali dengan mak dia. Agak terkejut jugaklah sebab reaction mak cik tadi memang spontaneous. Seolah-olah dah menjadi habit atau natural behaviour bila nampak gereja je terus buat lambang tu.
Aku rasa mak cik ni mesti kuat agama ni. Bas yang kami naik ni pon ada berhenti kat depan gereja tu sebab memang ada bustop kat situ. Ada sorang mak cik yang sangat tua naik and obviuosly mak cik ni from gereja tu. Bila mak cik tua ni naik je bas tu, mak cik yang tadi tu terus offer seat dia kat mak cik tua tu. Tapi sebelum tu ada jugak orang lain yang offer mak cik tua tu duduk sebab katanya dia dah nak turun bus. Walaupun agak jauh lagi tempat turun dia sebenarnya.
Dan kami hanyalah penonton melihat mak cik-mak cik seolah-olah berebut nak bagi mak cik tua tu duduk.

Dalam hati, kagumnya dengan mereka ni. Meraka bukan Islam pon tapi mereka praktikkan apa yang mereka faham. Tapi kita yang Islam ni banyak je 'tahu' kononnya. Tapi satu pon susah nak praktik. And one thing yang terkesan adalah betapa mak cik-mak cik ni merasa izzah dengan agama mereka. Contohnya masa mak cik tadi buat lambang cross bila dia nampak gereja. Kalau kita orang Islam, ada tak kalau kita nampak masjid kte terus takbir or selawat or anything yang menunjukkan kita hormat pada rumah Allah and sekaligus mengingati Allah. Mak cik tu pon tak fikir pasal orang sekeliling dia siapa or adakah appropriate kalau dia buat macam tu. Walaupun ini memang negara dia, tapi masa tu mak cik dikelilingi oleh kami yang zahirnya semua muslim yang memakai tudung. Compared to us yang kadang-kadang rasa segan pulak bila nak buat something yang dituntut Islam tapi pelik di mata orang lain.

Secondly, kisah mak cik tua tu menunjukkan betapa hormatnya mereka dengan orang lebih tua.
Maybe jugak mereka hormat sebab obviously mak cik tua tu baru balik gereja. Teringat pulak dengan salah satu ideologi barat capitalism or tak ingat apa, in which mereka meletakkan golongan priest sebagai golongan bangsawan. Nak katanya memang dari dulu sudah ada budaya menghormati golongan 'kuat agama' ni. Tapi kalau nak dibandingkan dengan negara sendiri, mungkin sheikh-sheikh besar masih dihormati. Tapi bila sebut pasal imam or ustaz majoriti hanya akan menganggap itu hanya sebagai satu profession biasa. Tiada beza dengan engineer or doctor, malah doctor or engineer mungkin dipandang lebih tinggi dari golongan ini. Betapa dimanakah izzah Islam di hati kita? Walau tak dinafikan ada jugak kes-kes yang amat menduka citakan mengenai segelintir ustaz-ustaz or imam yang mungkin menyumbang kepada menurunnya hormat orang ramai kepada golongan ini. Secara general, kita seolah-olah meletakkan nilain Islam itu setaraf atau lebih rendah dari elemen-elemen dunia yang lain.

Bagaimana mungkin kita yang berpegang pada kebenaran, tak berbangga dengan pegangan kita? Walhal manusia lain yang berpegang dengan kebatilan boleh berbangga dengan pegangan mereka.
Alangkah ruginya kita...

Sori atas penulisan saya yang caca merba. Honestly saya memang tak pandai menulis. Antara subjek yang tak sabar untuk tidak perlu belajar lagi after habis sekolah is BM sebab kena buat karangan panjang sangat... Haha

Thursday, 14 November 2013

Aku ingin sekali bercinta, tapi dengan Dia...

Ya, cinta
Cinta itu satu kata
Yang bisa membuatkan kita tersenyum
Tersenyum sendirian

Ya, cinta
Cinta itu satu kata
Yang bisa membuatkan kita mengelamun
Mengelamun sendirian

Ya, cinta
Ia memang cinta
Bila hati terasa sangat bahagia
Bagaikan tiada lagi makhluk lain disekeliling kita
Selain dia...

Ya, cinta
Ia memang cinta

Tapi,
Sejujurnya...
Aku tidak pernah bercinta
Mungkin ada yang melihat
Dulu aku pernah bercinta

Tapi,
Sejujurnya...
Aku tidak pernah bercinta
Aku tidak pernah merasa
Ada insan yang membuatkan aku jatuh cinta
Jadi,
Sejujurnya...
Yang dulu itu hanya dusta
Rekaan belaka
Dek kerana trend semasa

Tapi,
Dari dulu lagi
Aku selalu tertanya-tanya
Bagaimana perasaannya bila kita jatuh cinta?
Betulkah sangat bahagia rasanya?
Betulkah sangat indah bayangannya?
Betulkah hati boleh jadi buta kerananya?

Dan kini,
Aku masih tidak menjumpai cinta itu,
Dan kini,
Aku masih menunggu,
Menunggu kedatangan cinta yg 'epik' itu...

Dan di saat ini,
Aku termangu,
Aku tertawa,
Memikirkan Dia,
Ya, Dia
Dia Telah berjaya menawanku
Dia telah lebih dahulu melihatku
Dia telah lebih dahulu memilihku
Untuk bersamanya...

Dan aku,
Sangat terharu
Betapa Dia sanggup mengutipku
Sebelum aku terjatuh
Jauh ke belenggu yang lebih palsu
Layakkah aku untuk menerima jemputanMu?

Ya, Dia
Yang lebih dahulu menyentuhku
Lebih dahulu mengajarku
Apa itu erti cinta yang sebenar
Cinta yang kekal
Cinta yang agung
Yang tak mungkin terungkai oleh kata-kata manusia

Ya, Dia
Telah memilihku
Untuk mencintaiNya terlebih dahulu
Kerna, ya aku mengaku
TanpaNya mungkin aku lebih kabur

Dan ingin sekali
Ingin sekali aku bersumpah
Demi bintang
Demi langit
Demi awan yang terbentuk indah
Bahawa aku cinta
Aku sangat-sangat cinta kepadaNya...

Maka, tolonglah aku
Wahai Pencipta
Wahai Pencipta cinta
Agar aku tetap cinta kepadaMu!
Agar aku tetap mendekati
Apa-apa yang membuatkan Engkau cinta kepadaku!
Agar aku tetap menjauhi
Apa-apa yang menjauhkan aku dari cintaMu!

Tolonglah aku
Wahai Pencipta
Wahai Allah Maha Pencipta cinta...

Rasulullah saw. bersabda: 
"Allah Taala berfirman: 'Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.'" (Shahih Muslim No.4832)