Rintihan seorang anak
Ya Allah
Sedih
Pilu
Tercalar
Perit
Bila kedua orang yg plg disayang
Tidak bersama
Bukan jasad
Tapi hati
Bila lagu mula menaikkan frequency nya
Bila kata sudah mula terasa
Aku seorang anak
Yg sangat mudah tercalar
Bila berhadapan dgn mereka
Menjadi penonton
Menjadi pendengar
Salah faham antara kedua
Namun aku tahu
Aku refleksi
Mungkin kerana doaku yg kurang
Qiyamku yg kurang
Tilawahku yg kurang
Akhlakku yg kurang
Hingga mereka seperti tidak mengerti
Aku pendengar yg mengerti
Yg punya hati
Yg punya emosi
Ini adalah kelemahanku
Ingin sekali aku uar-uarkan kepada semua
Ya, inilah kelemahanku
Bilamana orang yg terdekat
Tidak mampu kucapai kepada ketenangan yg mendalam
Kepada kehidupan yg luas
Kepada keindahan yg merata
Ya Allah
Aku sangat takut sekali
Bilamana akulah!
Akulah!
Penyebab mereka ke neraka...
Ya Allah
Ampuni aku
Ampuni aku
Ampuni aku
Aku yg sangat kerdil
Lagi hina
Lagi berdosa
Mungkin juga kerana aku jauh dari mereka
Lagi pula dikelilingi oleh rakan
Yg sentiasa menjaga hati
Lalu bila diuji oleh mereka
Aku terus remuk
Hatiku terus hancur
Terasa seperti ditampar!
Sudah lupakah mereka yg ada disana??!
Mereka yg lebih memerlukan doamu?
Mereka yg lebih berhak untuk menuntut hak darimu?
Sudah lupakah mereka??!
Ya Allah
Lemahnya hambamu ini
Iaitu AKU....